Fatwa Berkait Palestin: Fokus Titik Pertemuan; Bukan Perbezaan – YB TMA

Kita tolong Gaza; Allah bantu kita.

Menerima pelbagai pertanyaan dan persoalan mengenai fatwa berkaitan perkembangan terkini Palestin. Jawapan saya, terus fokus apa sahaja usaha – doa, Solat Hajat, bantuan, sumbangan dan apa juga yang terdaya.

Fokus pada titik pertemuan; bukan perbezaan. Terlalu banyak persamaan yang boleh dilaksanakan tetapi malangnya, perbezaan juga yang diperbahaskan.

Kita tidak punya masa lagi untuk berbalah sedangkan saudara kita terus dizalimi tanpa henti.

Doa, doa, doa.

Bagi menangani isu kepelbagaian ijtihad, selain ‘adab al-ikhtilaf’ (adab berbeza pandangan), saya merasakan keperluan kepada kemahiran dan ilmu ‘al-tawfiq’ iaitu kemampuan untuk mengharmonikan fatwa dan pandangan-pandangan.

Penguasaan ilmu ‘at-tawfiq’ ini akan dapat mengharmonikan sudut pandang terhadap kepelbagaian ijtihad; di samping mengambil pendekatan mendamaikan. Saya ada menulis mengenai harmonisasi atau ‘at-tawfiq’ dan ‘dhawabit’ nya (parameter) tetapi dalam konteks undang-undang.

Sebagai orang beriman yang sayang dan kasihkan persaudaraan dalam Islam, perbezaan pandangan perlu dianggap sebagai rahmat yang perlu disulami dengan hikmah dan akhlak.

Saya ada berbincang dengan Sahibus Samahah Datuk Prof. Madya Dr. Luqman bin Haji Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan mengenai isu Palestin. Mengajak semua mengikuti nasihat ini untuk kita sama-sama berdoa dan membantu sedayanya apa sahaja bentuk sumbangan buat saudara kita di Palestin.

Jangan lupa juga Qunut Nazilah mendoakan kemenangan Palestin dan kehancuran musuh-musuh dan sekutunya.

Hasbunallah wanikmal wakil.

Perbincangan khas Muzakarah Majlis Hal Ehwal Islam Kebangsaan (MKI) akan membuat perundingan tentang fatwa oleh Jawatankuasa Ijtihad dan Fatwa Kesatuan Ulama Islam Sedunia mengenai isu pencerobohan rejim Zionis Israel ke atas Gaza berdasarkan perspektif Malaysia. Kementerian masih menunggu perkembangan terkini oleh Muzakarah MKI.

Alhamdulillah, Kesatuan Ulama Sedunia dan Majlis Hukama Muslimin telah mengeluarkan kenyataan mengenai situasi di Palestin khususnya Gaza dan Rafah. Umumnya kita positif dan memberikan sokongan terhadap apa sahaja yang boleh membantu saudara-saudara di Palestin yang semakin tenat dan teruk dizalimi dan ditindas.

Sebagai insan yang pernah diberikan kesempatan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan di Gaza pada tahun 2012, nyata Palestin cukup dekat dengan jiwa saya. Agensi-agensi Hal Ehwal Agama bersama-sama Badan Masyarakat Madani (CSO) berkaitan yang aktif memperjuangkan isu Palestin sebenarnya sudah sejak awal berbincang mengenai perkara ini.

Banyak perkara yang ingin dilakukan tetapi ia mesti dilaksanakan dengan berhikmah, penuh teliti dan hati-hati agar ia benar-benar dapat membantu saudara kita di Palestin. Selain iringan doa, saya juga menyeru semua pihak untuk membantu berikan sumbangan sedayanya dan setulusnya.

Doa, doa, doa.

Wallahua’lam.

Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪

Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.

🤲🇲🇾🇵🇸

#PrayForPalestine
#SaveAlQuds
#MadaniBekerja
#MadaniMembantu
#SebarkanSalam #KitaKawan

SUBSCRIBE

Get the latest posts delivered to your mailbox:

Page Reader Press Enter to Read Page Content Out Loud Press Enter to Pause or Restart Reading Page Content Out Loud Press Enter to Stop Reading Page Content Out Loud Screen Reader Support