







Alhamdulillah, sebelum ke Kuching, Sarawak untuk urusan Lawatan Kerja selama 2 hari, saya dan Isteri tercinta sempat beraya di kediaman YB Senator Dato’ Setia Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Suasana cukup meriah dengan pelbagai aneka juadah.
YBM dan keluarga menyambut dan mengalu-alukan kehadiran semua tetamu yang ramai – dengan penuh mesra dan semangat ukhuwah. Terima kasih YBM dan keluarga.






























Kemudian, saya penuhi jemputan ke Majlis Tautan Ukhuwah Aidilfitri 2025/1446H WADAH-ABIM-PKPIM & Agensi di Dataran Al-Hikmah, SERI/SEMI ABIM Sungai Ramal, Kajang. Bahagia dapat jumpa senior dan sahabat-sahabat lama yang datang dari seluruh negara.
Terkenang kelibat para senior yang telah lebih awal pulang ke rahmatullah seperti Almarhum Ustaz Dr. Siddiq Fadzil, Ustaz Dr. Razali Nawawi, Ustaz Dahlan Arshad, Cikgu Ab Halim Ismail dan ramai lagi. Allahummaghfirlahum warhamhum wa’afihim wa’fuanhum.
Juga hadir – beberapa kenamaan daripada kalangan Timbalan Menteri, Duta serta saudara setanah air bukan Muslim, yang turut memeriahkan majlis.
Sempat juga membincangkan beberapa usaha demi menggerakkan inisiatif #IhsanUntukPalestin bersama beberapa pimpinan Badan Masyarakat Madani (CSO) yang banyak terlibat dengan kerja-kerja bantuan kemanusiaan khususnya di Gaza dan Syria.
Semoga ukhwah terus terjalin mesra dan kukuh, di bawah naungan rahmat Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾