
Belasungkawa Pak Lah: Perginya Bapa Pembangunan Modal Insan Negara
April 22, 2025







Seluruh dunia tertumpu ke Malaysia.
Presiden China, TYT Xi Jinping tiba di Malaysia bagi lawatan negara selama tiga hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Pada 1974, Almarhum Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-2, telah melakukan lawatan bersejarah seterusnya menjalinkan hubungan diplomatik dan kerjasama rasmi antara kedua-dua negara.
Lawatan kali ini merupakan kunjungan rasmi kedua Presiden Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013.
Lawatan kali ini pasti berbeza.
Berikutan isu geo-politik dunia termasuk ‘perang perdagangan’ yang hangat diperkatakan, serta status negara China yang semakin berpengaruh pada peringkat global, kedatangan Presiden Xi pasti menjadi tumpuan dunia dan sangat signifikan khususnya kepada Malaysia.





Syabas Malaysia kerana menunjukkan kepimpinan yang baik pada peringkat antarabangsa. Diiringi doa, semoga pertemuan strategik ini memberi manfaat dan kebaikan.
Saya sarankan untuk membaca beberapa buku mengenai China dan Asia, supaya kita dapat menambah ilmu berkenaan sejarah serta geopolitik dunia yang pastinya menarik untuk difahami.















Saya ambil maklum kesesakan dan kelewatan yang dialami oleh penduduk sekitar Lembah Kelang yang melalui beberapa jalan rentetan lawatan bersejarah ini. Sebagaimana kunjungan rasmi Presiden-Presiden Amerika Syarikat, Rusia dan beberapa negara sebelum ini (Presiden Obama contohnya) yang dianggap sebagai ‘berisiko tinggi untuk diancam serangan’, memang pihak keselamatan akan menutup beberapa buah jalan.
Hal keselamatan ini penting bagi mengelakkan isu-isu yang lebih mudarat seperti terjejasnya hubungan diplomatik dan perdagangan, selain ketegangan mungkin memuncak di Laut China Selatan.
Itulah risiko menjadi tuan rumah dalam situasi krisis politik. Sekiranya ada kesilapan walau sedikit, akan mendedahkan bahaya bukan sahaja kepada VVIP tersebut, tetapi juga hubungan negara dan ekonomi semasa.
Selain soal keselamatan yang harus diutamakan, ia adalah lambang kekuatan hubungan antara China-Malaysia yang sudah terjalin sekian lama (malah sejak era silam Kesultanan Melaka) yang harus dipelihara.
Sejelasnya, orang ramai boleh merujuk kepada poster dan infografik penutupan serta pelencongan jalan yang telah disebarluaskan sejak 13 April 2025 lepas. Setinggi-tinggi penghargaan juga saya rakamkan buat pasukan keselamatan yang gigih bertugas demi negara, meski berdepan pelbagai persepsi.















Alhamdulillah, saya telah menghadiri Majlis Istiadat Sambutan Negara dan Majlis Jamuan Negara Meraikan Lawatan Negara oleh Tuan Yang Terutama Xi Jinping, Presiden Republik Rakyat China di Istana Negara. Semoga lawatan ini akan membuka lembaran baharu dalam sejarah hubungan bertemakan persaudaraan antara kedua-dua negara.
Sebagai negara yang mengamalkan perdagangan terbuka, Malaysia akan terus mengekalkan pendekatan diplomatik seimbang dalam menjalin hubungan bilateral dan multilateral dengan China, Amerika Syarikat (AS) dan negara anggota ASEAN untuk melindungi kepentingan ekonominya, terutama di tengah-tengah konflik tarif AS.


Dalam perkembangan lain, saya juga menzahirkan persetujuan dengan ketegasan pihak Kementerian Dalam Negeri berkenaan isu ilustrasi bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, tanpa bulan sabit pada muka depan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan dijalankan bawah Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414] dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]. Hal ini selari dengan titah KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menegaskan bendera adalah lambang kedaulatan serta identiti sesebuah negara.

























Usai Majlis Istiadat Sambutan Negara di Istana Negara, Kuala Lumpur, saya bergegas ke Majlis Mahabbah Aidilfitri Madani Agensi Hal Ehwal Agama 2025/1446H. Hadir sama ke majlis penuh bermakna ini antaranya ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Berlangsung sederhana tetapi tetap meriah di Dataran Kompleks Islam Putrajaya, ia menghimpunkan kesemua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Bahagia melihat jalinan ukhwah yang dipamerkan oleh semua yang terlibat.
Dalam majlis ini juga, YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im bin Mokhtar turut menyampaikan sumbangan kepada tetamu asnaf dan mualaf daripada Darul Hidayah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan serta Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Kajang.
Madani terus bekerja. Fastabiqul khairat! 💪
Doakan Islam terus subur, mekar dan terjamin di bumi Malaysia.
🤲🇲🇾